Tuan Guru Nik Aziz mempratikkan prinsip al Syura dalam pengurusan negerinya iaitu negeri Kelantan . Al Syura merupakan elemen yang penting di dalam sesebuah Negara Islam. Hal ini kerana ia merupakan lambang kepada Negara Islam. Selain itu, ia juga telah di perintahkan oleh Allah di dalam al-Quran dan sunnah nabi. Di dalam syura mengandungi berbagai prinsip yang murni seperti hak persamaan, keadilan dan amanah..
Antara faktor kejayaannya mempratikkan al Syura di bawah pemerintahannya di kelantan adalah hanya meneruskan profesyennya sebagai guru pondok, mengajar politik agama dan beliau sendiri tidak menukar penampilannya sebagai tok guru, beliau tidak pernah membuang serbannya, tidak pernah memakai baju batik, kot atau tali leher. Selain itu , Tok Guru tidak memberikan apa-apa kepada rakyat Kelantan, kecuali doa dan ajaran agama dan memberikan mereka dengan cerita-cerita agama. Seterusnya , Tanpa memberikan kontrak, projek dan bantuan kepada rakyat Kelantan, maka mereka tidak dapat membuat perbandingan, tidak merasakan ketidakadilan, tidaklah timbul cerita pembahagian yang tidak sama. Sebuah kerajaan yang tidak memberi apa-apa adalah lebih baik dari kerajaan yang memberi, kerana tidak mungkin akan dapat berlaku keadilan dalam semua pemberian. Disamping itu, kepimpinan merupakan amanah dan mas’uliyah yang berat terhadap Allah dan
masyarakat sebagaimana yang dinyatakan dalam Firman Allah Taala di dalam surah al-Nisa‟ yang
bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah
kepada ahlinya (yang berhak menerimanya”.(al-Quran 4: 58)
Pemimpin akan menghadapi soal jawab di akhirat dan sentiasa terdedah kepada kritikan orang
ramai di dunia, sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap dari
kalangan kamu itu adalah pemimpin, dan setiap dari kalangan kau bertanggungjawab kepada
rakyatnya.(Bukhari, 1986)
Prinsip ini menekankan supaya pemimpin melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin,
mengikut peraturan dan landasan yang ditetapkan, tanpa khianat dan menyeleweng, kerana segala
perbuatan mereka akan disoal oleh rakyat dan disoal oleh Allah di akhirat.
No comments:
Post a Comment