Sunday, 10 September 2017

CARA AL-MAHRUM NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT MENGGUNAKAN PRINSIP AL-ADALAH DALAM PEMERINTAHANNYA.

Prinsip al-Adalah memainkan peranan yang penting dalam menentukan hala tuju pengurusan islam. Prinsip ini adalah cara al-marhum Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat menggunakan dalam pemerintahannya.

Inisiatif-inisiatif Kerajaan Kelantan di bawah TG Nik Aziz seperti penghapusan faedah bagi pinjaman kakitangan kerajaan, cuti bersalin 60 hari, pemindahan akaun kerajaan negeri ke Bank Islam, pembinaan Rumah Dua'fak utk faqir miskin, skim takaful kifaalaah dan pelbagai lagi perkara yang beliau perkenalkan yang akhirnya banyak diikuti oleh negeri-negeri lain walaupun di peringkat awal perkara-perkara ini dicemuh dan dipertikaikan. Di sebalik pelbagai tekanan dan cabaran yang dihadapi Kerajaan Kelantan di bawah teraju beliau.

TG Nik Aziz berjaya mentadbir Kelantan selama lebih 20 tahun hingga Kelantan muncul sebagai sebuah negeri yang membangun dan kompetitif. Dan yang lebih penting sudah tentulah komitmen tanpa henti beliau dalam usaha menegakkan perlaksanaan undang-undang syariah. Tidak sampai dua tahun pemerintahan PAS di Kelantan, Tok Guru Nik Aziz telah membentangkan rang undang-undang Enakmen Hudud di DUN Kelantan pada pada 1992 sebagai langkah pertama ke arah melaksanakan undang-undang jenayah Islam di Kelantan.

Lama sebelum dikenali sebagai ahli politik, TG Nik Aziz lebih dahulu muncul sebagai seorang ulamak dan tok guru pada tahun 1960-an sebaik beliau balik dari mendalami pengajian di India, Pakistan dan Mesir. Keunikan TG Nik Aziz ialah beliau muncul sebagai figura agama di Mesir yang memiliki pembawaan dan aliran yang berbeza dengan rata-rata majoriti tok-tok guru dan ulamak-ulamak pondok di Kelantan pada ketika itu memandangkan TG Nik Aziz dilihat beraliran progresif ala salafi sesuai dengan latar belakang pengajian madrasah ahl hadis yang beliau lalui terutama sewaktu berada di India. Meskipun timbul prasangka di peringkat awal, namun akhirnya TG Nik Aziz muncul sebagai tokoh yang dihormati oleh kesemua ulamak-ulamak besar Kelantan yang sezaman dengannya.

Tok Guru Nik Aziz juga meletakkan suatu standard integriti, kezuhudan dan etika kepimpinan yang sangat tinggi dan hampir mustahil untuk dicontoh oleh mana-mana pemimpin politik di zaman ini. Beliau memilih tinggal di rumah beliau di kampung, tidak bermewah dalam apa jua aspek dan menginfakkan peratusan yang tinggi dari gaji dan elaun beliau untuk kebajikan negeri dan urusan perjuangan parti. Beliau tidak mengambil kesempatan sebagai MB untuk memperkayakan anak isteri dan kroni, jauh sekali terjebak dengan rasuah dan korupsi.

Dari segi politik, di sebalik perwatakan dan penampilannya sebagai seorang ulamak dan tok guru, TG Nik Aziz jelas adalah seorang ahli politik yang moderate, terbuka dan berpandangan jauh. Selaku Ketua Dewan Ulamak PAS, Pesuruhjaya PAS Kelantan dan seterusnya selaku Mursyidul Am PAS selama lebih 20 tahun, TG Nik Aziz adalah kuasa utama di sebalik percaturan politik PAS dalam gelanggang Malaysia yang multiracial yang memerlukan kepada PAS untuk menjangkau sokongan melewati batas agama, bangsa dan geografi. Ini terbukti dengan usaha PAS mengujudkan jaringan kerjasama dengan CCC dan Harakah Keadilan Rakyat (HAK) dengan masyarakat Cina dan parti-parti pelbagai ideologi menjelang Pilihanraya Umum 1996, kerjasama di dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) di dalam Pilihanraya 1990 dan 1995, kerjasama di dalam Barisal Alternatif di dalam Pilihanraya 1999, 2004 dan 2008, dan seterusnya kerjasama politik di dalam Pakatan Rakyat sejurus selepas Pilihanraya Umum 2008 dan membawa kepada kejayaan di dalam Pilihanraya Umum 2013. Begitu juga dengan keterlibatan dan hubungan PAS dengan gerakan-gerakan NGO seperti di dalam BERSIH dan PPSMI.

No comments:

Post a Comment

CARA AL-MAHRUM NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT MENGGUNAKAN PRINSIP AL-ADALAH DALAM PEMERINTAHANNYA.

Prinsip al-Adalah memainkan peranan yang penting dalam menentukan hala tuju pengurusan islam. Prinsip ini adalah cara al-marhum Nik Abdul Az...